Tips Penjagaan Baju Printing Daripada Cepat Rosak

baju printed

Semua pasti sayang dengan baju printing yang dibeli sama ada readymade atau custom made. Baju printing bukan sahaja menarik kerana warna-warnanya tetapi juga dengan grafiknya. Jika anda pakai dalam beberapa kali, anda akan lihat perbezaan pada baju tersebut. Gambar dan design akan rosak, kecil atau warnanya akan luntur. Selain itu, material baju tersebut akan jadi kasar, berbulu atau meregang.

Kami akan kongsikan pada anda tips penjagaan baju printing.

1) Terbalikkan baju anda sebelum basuh

Terbalikkan baju sebelum membasuh dapat melindungi design pada baju. Ketika di dalam mesin basuh, baju ini akan bergesel dengan baju lain dan menyebabkan design pada baju rosak.

2) Guna sabun baju yang diperlukan sahaja

Menggunakan sabun basuh baju dan pelembut baju dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan baju anda luntur warna. Sesetengah baju akan ada tag baju di belakang dengan tunjuk bagaimana baju itu boleh dibasuh.

baju prtinitng

3) Basuh baju dengan air yang sejuk

Membasuh baju dengan air sejuk mengelakkan baju daripada mengecut dan luntur warna. Jika anda menggunakan air panas, ianya boleh merosakkan sesetengah fabrik seperti polyester dan menghilangkan kelembapan semula jadi pada fabrik lalu menyebabkan fabrik mudah berkedut dan rosak.

4) Jangan jemur baju di bawah matahari

Cahaya matahari di Malaysia sangat panas, menjemur baju di bawah matahari akan menyebabkan baju printing akan luntur warna dan akan nampak kusam dan lama. Anda disyorkan untuk menjemur baju di bawah bumbung seperti balkoni rumah.

baju printing

Menarik bukan perkongsian kali ini? Anda haruslah mengikuti tips-tips di atas supaya baju anda tidak mudah rosak dan nampak baru setiap kali memakainya.

Anda boleh menempah baju-baju printed di Mafeya Apparel atau hubungi talian kami  017-2290224 . Kami menawarkan baju-baju printed yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

Team Cetak (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)

32-A, Jalan Kristal J7/J,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT

Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)

Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE

+6 03 – 5523 6690 (Office)

0 Comment

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan
Kembali Ke Atas