Setiap kaedah pencetakan yang ada ini, mestilah mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kali ini, kami akan berkongsi ilmu tentang kelebihan dan kekurangan silk screen printing untuk printing baju. Sebenarnya, silk screen printing ini merupakan salah satu teknik printing yang sering digunakan. Sebelum itu, di Mafeya Apparel juga menyediakan perkhidmatan ini untuk printing baju.
Kelebihan Silk Screen Printing
Antara kelebihan yang ada pada silk screen printing adalah kos yang rendah. Teknik printing jenis ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penghasilan produk baju. Lagi banyak kuantiti yang anda tempah, lagi murah harga dan kos yang akan ditawarkan kepada anda. Oleh itu, anda boleh juga untuk memilih teknik printing yang lain seperti sublimation ataupun heat transfer.
Seterusnya, apakah material dan fabrik yang sesuai untuk printing baju dengan menggunakan teknik silk screen printing ini? Tidak semua teknik printing baju yang sesuai dengan semua jenis fabrik tetapi berbeza dengan teknik silk screen printing ini, teknik ini boleh diaplikasikan dengan semua jenis fabrik seperti cotton, jersey, viscose dan lain – lain.
Kekurangan Silk Screen Printing
Dari segi penggunaan warna, teknik silk screen printing ini boleh mencetak baju dengan menggunakan warna yang terhad sahaja. Maka setiap printing yang dihasil tidak mempunyai warna yang pelbagai tetapi dengan hanya 3 atau 4 warna sahaja. Ia juga berbalik pada kos dan saiz imej yang ingin dicetak pada baju, walaupun begitu ia tetap berkualiti dan juga cantik.
Selain itu, penggunaan masa untuk teknik cetakan baju ini pula, sebenarnya ia mengambil masa yang agak lama untuk siap. Masa yang diambil untuk proses percetakan masa 2 hingga 3 jam untuk semua proses dilakukan. Silk Screen printing juga dilakukan secara manual dan setiap warna akan dicetak secara berasingan.
Sekiranya anda berminat untuk cetak baju dengan menggunakan keadah Silk Screen printing, anda boleh hubungi kami di talian 017-2290224 atau boleh datang ke showroom kami di Shah Alam, Selangor.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
TEAM CETAK (Kilang Printing T- Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9:30 am – 6:00 pm)
Sabtu (9:30 am – 1:00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!