Pilihan Tepat Untuk Tempahan Jersi Berkualiti
Adakah anda mencari kilang sublimation yang boleh dipercayai, menawarkan harga yang kompetitif serta kualiti terbaik di Shah Alam? Jika ya, anda sudah sampai ke destinasi yang tepat. Kilang kami diiktiraf sebagai salah satu kilang sublimation terunggul di Shah Alam, hasil daripada komitmen kami terhadap kualiti produk, kelancaran proses pengeluaran dan layanan mesra pelanggan yang kami berikan kepada syarikat swasta, S.M.E, agensi kerajaan serta pelanggan individu dari seluruh Malaysia.

Apa Itu Cetakan Sublimation?
Sublimation merupakan teknik cetakan terkini yang membolehkan corak grafik diserap terus ke dalam serat kain, menghasilkan cetakan yang tahan lama, tidak mudah pudar dan memberikan keselesaan ketika dipakai. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian sukan, baju korporat, pakaian berjenama dan pelbagai jenis pakaian lain. Dengan sublimation, warna dan corak masuk terus ke dalam kain, jadi ia tidak hanya melekat di permukaan seperti cetakan biasa.
Proses Sublimation di Kilang Kami
Proses sublimation dilakukan dengan teknologi canggih, khas untuk membuat pakaian sukan, baju korporat dan produk lain yang menggunakan kain polyester. Kilang kami menjalankan proses ini dengan teliti dan mahir supaya setiap kain yang dihasilkan mencapai kualiti terbaik.
Cetakan Menggunakan Kertas Sublimation
Setelah reka bentuk siap, fail digital dihantar ke mesin cetak khas untuk mencetak pada kertas sublimation yang mengandungi dakwat. Kemudian, dakwat itu dipindahkan ke fabrik. Kami menggunakan mesin cetak canggih untuk memastikan cetakan yang jelas dan konsisten.
Proses Heat Press (Pemindahan ke Kain)
Langkah seterusnya ialah memindahkan design ke kain menggunakan mesin heat press. Kain jenis microfiber atau polyester akan dipanaskan bersama kertas sublimation pada suhu lebih kurang 230°C. Proses ini membuatkan dakwat meresap masuk ke dalam kain, menghasilkan cetakan yang tahan lama dan selesa dipakai.
Proses Pemotongan Menggunakan Mesin Laser
Selepas cetakan siap dipindahkan, kain akan dipotong menggunakan mesin laser untuk memastikan potongan yang tepat dan kemas. Teknologi ini membantu kurangkan pembaziran kain, tingkatkan kecekapan dan hasilkan potongan yang seragam.
6 Jenis Material Kain Sublimation
Kain untuk sublimation ialah jenis fabrik khas yang direka supaya dakwat boleh meresap terus ke dalamnya, menghasilkan cetakan yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Untuk dapatkan hasil terbaik, pemilihan kain yang sesuai sangat penting. Di bawah ini, kami kongsikan 6 jenis kain sublimation yang sering kami gunakan.

LYCRA
Microfiber Lycra ialah kain halus dan elastik yang memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak, sesuai untuk pakaian sukan.

DIAMOND
Microfiber Diamond ialah kain ringan dengan corak tenunan berbentuk berlian yang membantu pengudaraan, selesa dipakai dan sesuai untuk pakaian sukan.

RJPK
Microfiber RJPK ialah kain microfiber yang lembut, ringan dan selesa dengan permukaan licin, sesuai untuk pakaian sukan dan aktiviti harian.

EYELET
Microfiber Eyelet ialah kain ringan, cepat kering dan memiliki pengudaraan baik kerana struktur lubang kecilnya, menjadikannya sangat sesuai untuk pakaian sukan dan harian.

PINDOT
Microfiber Pindot ialah kain halus dengan tekstur titik kecil yang memberikan keselesaan, ketahanan dan sesuai untuk pakaian sukan atau kasual.

INTERLOCK
Microfiber Interlock ialah kain halus, licin dan tidak jarang dengan permukaan rata, menjadikannya pilihan tepat untuk pakaian sukan yang selesa dan tahan lama.
Kenapa Pilih Kilang Kami di Shah Alam?
Sebagai kilang sublimation berpengalaman, kami menawarkan lebih daripada sekadar cetakan. Kami memberikan solusi menyeluruh bagi menyelesaikan masalah anda, daripada rekaan grafik sehinggalah ke proses penyerahan tempahan. Antara kelebihan kami:
✅ Kepakaran Dalam Rekaan dan Penghasilan
Kami mempunyai pasukan pereka grafik yang berkemahiran tinggi serta team produksi berpengalaman. Setiap tempahan direka mengikut identiti jenama pelanggan, dengan ketelitian pada setiap perincian, bermula dari pemilihan warna, jenis fabrik hingga ke potongan baju.
✅ Mesin Cetakan dan Jahitan Berkualiti Industri
Kilang kami dilengkapi dengan mesin cetakan sublimation terkini serta peralatan jahitan industri yang menjamin ketepatan dan ketahanan produk. Kami memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian industri dan harapan pelanggan.
✅ Tenaga Kerja Berpengalaman
Tenaga kerja kami terlatih dan berpengalaman, memastikan setiap produk dihasilkan dengan cekap dan efisien. Kami komited untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan kecekapan yang terbaik.
Hubungi Kami hari ini!
Jangan tunggu lagi. Jika anda sedang mencari Kilang Sublimation Nombor 1 di Shah Alam, kami bersedia untuk membantu anda dari A sampai Z. Satu tempat dapat selesaikan masalah anda.
Lokasi Showroom Kami
TEAM CETAK
32A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+60172290120 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!