Tempahan Baju Korporat Berkualiti Untuk Staff Kerajaan & Swasta
Shah Alam, ibu negeri Selangor, bukan sahaja dikenali sebagai pusat pembangunan perniagaan yang pesat, malah turut menjadi lokasi pilihan utama untuk tempahan baju custom terus dari kilang. Salah satu permintaan yang paling tinggi ialah baju korporat custom untuk kakitangan sektor kerajaan dan swasta. Untuk memastikan hasil akhir yang kemas, selesa dan mencerminkan imej profesional sesebuah organisasi, pemilihan kilang jahit yang berpengalaman dan berkualiti amatlah penting. Dalam artikel ini, kami akan jelaskan bagaimana kilang jahit memainkan peranan penting dalam proses tempahan baju custom serta apakah ciri-ciri utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan.
Apa Yang Perlu Anda Cari Di Kilang Custom Baju Korporat?

Proses rekaan baju korporat
Setiap organisasi memiliki identiti tersendiri dan kilang jahit yang profesional mampu menyediakan pelbagai pilihan kolar, jenis kain serta potongan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
pilihan fabrik

Material Berkualiti dan Selesa
Antara jenis fabrik yang sering digunakan termasuklah Viscose (Double Yarn), Mini Drill (Comb Cotton), T/C Drill, Polyester Gaberdine dan Polity Soft. Pemilihan kain yang sesuai amat penting dan perlu disesuaikan dengan situasi kerja. Sebagai contoh, bagi kakitangan yang bertugas di lapangan, mereka memerlukan fabrik yang cepat kering dan tahan lasak bagi memastikan keselesaan sepanjang hari.

jahitan kemas & profesional
Kualiti jahitan memainkan peranan penting dalam menyerlahkan penampilan. Oleh itu, setiap pakaian perlu dijahit dengan kemas, simetri dan tahan lama bagi mengekalkan imej profesional sesebuah organisasi.

Mampu Siap Dalam Tempoh Diperlukan
Tempahan bagi program-program rasmi selalunya mempunyai tarikh akhir dan kilang yang berpengalaman tahu bagaimana untuk mengurus proses pengeluaran dengan cekap tanpa menjejaskan kualiti pakaian yang dihasilkan.

Khidmat Pelanggan yang Mesra & Responsif
Komunikasi yang berkesan amat penting bagi memastikan kelancaran setiap proses, bermula dari kelulusan reka bentuk hinggalah ke penghantaran. Pasukan yang responsif dan mudah dihubungi mampu memberikan pengalaman tempahan yang lebih lancar dan teratur.
Kemudahan dan Teknologi Canggih
Kilang kami dilengkapi dengan mesin jahit moden yang membolehkan proses kerja dijalankan dengan lebih pantas dan efisien. Kami turut menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap hasil jahitan mencapai standard kualiti tertinggi. Dengan kemudahan ruang kerja yang luas serta sokongan tenaga kerja berpengalaman, kami mampu mengendalikan tempahan dalam jumlah besar sambil memastikan setiap pelanggan menerima layanan dan perhatian yang terbaik.

Kenapa Pilih kilang baju?
Sebagai sebuah Kilang Baju yang beroperasi di Shah Alam, kami telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan termasuk jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan syarikat swasta dalam penghasilan baju seragam, t-shirt korporat serta pakaian aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
✅ 14 Tahun Pengalaman dalam Industri
✅ Khidmat Nasihat Design Percuma
✅ Sizing yang Flexible XS-11XL
✅ Kualiti Dijamin & Harga Berpatutan
✅ Tempahan Terus dari Kilang (Tiada Orang Tengah)
✅ Warranty Disediakan (T&C)
Kami faham kepentingan pelanggan yang memerlukan tempahan siap dalam waktu yang singkat. Justeru, kami menyediakan pilihan express order bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera.
Dapatkan Sebut Harga Hari Ini!
Jika anda mencari Kilang Custom Baju Korporat di Shah Alam, jangan segan untuk menghubungi kami. Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik serta menghasilkan pakaian berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan anda. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan!
Lokasi Showroom Kami
OH! T-SHIRT
21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 017-229 0224 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!